25 July 2010

@#%^&*#$%@&

HATIKU HANCUR RELAI..
TIDAK SEINDAH MIMPI....
KESUDAHANNYA...
..........................................
........................................
.........................................
.............................................

HePy BuFdAy

24 Julai 2010
hepi bufday my darling yg ke-24
semoga impianmu menjadi kenyataan...
dan sentiasa dibawah rahmat Tuhan yg Satu...
semoga Kasih Sayang yg kita bina akan berkekalan ke akhirnya...


22 July 2010

M.Y.L.O.V.E

SALAM...ARI NI XTAU NK CITER PE...SO LAYAN GAMBAR JE LA..K..GAMBAR NI EDIT NGAN PHOTO FRAME...

Calendar July 2010


Gmbar mase sambut Birthday Abang yg ke-23


Kenangan semasa g Zoo Negara


Juga kat Zoo ngan Encik Zirafah

19 July 2010

KONVO USIM KE-8


Assalamualaikum....

Semalam balik kije terima satu surat dari UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)...aku agak la mybe surat konvo kot...dgn lafaz Bismillahirrahmanirahim aku pom bukak la surat 2...ape yg aku agak betul...heheh pandai gak aku ni mcm nujum lak..hahaha....dlm sampul 2 ade surat tamat pengajian, transkrip akademik, borang penilaian untuk usim, result exam sem lapan n satu buku panduan dan tatacara Majlis Konvokesyen Ke-8 USIM...eeee bestnyer akhirnya hajat kami nk konvo tercapai....
........................................................................................................

Mula2 aku bukak slip result...alhamdulillah result mmg xdijangkakan cz pointer aku dikira tinggi la dlm sejarah pengajianku...praktikum aku dapat A n Tesis aku lak dpt B+...sume 2 mmg aku xjngka...then aku pom bkak buku panduan konvo...xsabar beb nk konvo...dlm buku 2 gtau majlis akan berlansung pada 25 SEPTEMBER 2010 bersamaan 16 SYAWAL 1431 bertempat di DEWAN PERDANA PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)...bg program aku majlis 2 pada sesi petang..kul 1.15ptg dh kena berkumpul...
.............................................................................................................

Pakaian Akademik @ jubah konvo aku kena g amik kt USIM pada 24ogos-8 september....dgn bayaran yuran sebanyak rm250.00...ermmmm cmne aku nk g sane ni...tp dlm buku 2 gtau leh jer anta wakil,,,aku igt nk mntak tlg anak sedara ayh cik...atikah...N tarikh pemulangan jubah 2 plak 27september-8oktober...
................................................................................

bestnyer,,,xsabo aku,,,xsabo nk g jmpa kwn2 kt usim...akhirnya aku dpt gak tamatkan pengajian aku dgn jayanya,,,,ALHAMDULILLAH...Syukur pada-Nya...
.............................................................................

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR USIM BATCH 6 2006/2010...KITA SUME DAPAT GRAD...JUMPA KORANG SUME DI PICC 25/SEPTEMBER/2010 NANTI K...MISSU ALLSSS...

13 July 2010

SYAABAN

selamat datang syaaban...sebulan lg Ramadhan akan menjelma...
.........................................................................................
ANTARA FADILAT2 BULAN SYAABAN:

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

...X.P.A.X.B.O.N.U.S...

YAHOOOO.....TQ CELCOM...
sukenya dapat bonus hari jadi...leh la bergayut 24jam non-stop n free....no upax aku dpat bonus harijadi start ari ni sampai 7hari berikutnyer....no. yg aku pakai ni gune ic adik hubby aku...so ikutkan birthday aku lambat lg...bulan 12 nanti...xpelah gune mane yg ade kan...
...............................................................................

Smlm bawak mak aku ke klinik kt jerteh...nk cek sakit pe...rupenya dr ckp dlm bdnnyer byk air shinggakan sukar n slow untk jantung mengepam...air yg bnyak 2 turun kekaki n sbb 2 jgk la kaki jd sembab...pas 2 dia bg 5jenis ubat utk mak aku mkn termasuk ubat pelawas kencing n vitamin suh lalu mkn..klu xmkn tubuh jd mkin lemah...alhamdulillah bgun pg td aku tgk dia dh de selera utk mkn...klu dh mkn tubuh pom nmpak lbh segar...yelah anak mane yg xrisau tgk emaknya sakit...aku sentiasa doakan mak n keluarga aku sihat.....
...............................................................................

ermmm k lah sampai cini la dulu untuk entri kali ni...klu rasa nk menulis lg ade la untuk entri akn datang k...tata..titi...tutu....
..............................................

12 July 2010

MERAPU!!!!!!

salam.................ari ni aku nk merapu ape ekkk...ermmm mlm td terkejut besar aku cz bnyik pintu bilik diketuk dgn kuat...ayah aku yg ketuk gtau mak aku sakit...astagfirullah sakit ape lak ni...mmg 3 4 hari ni aku tgk dia letih n lesu jer...mkn pom kurang...pastu plak duk sakit perut cz susah nk kencing...aku bgun tgk mak aku duk picit perut kte sakit perut...aku n kakak aku pun urut2 la seluruh bdn2 dia ngan minyak panas n bertuku utk kurangkan ckit sakit nyer 2...lbh krg kul 2lbh baru la dia dpt kencing semula n kurang la ckit sakit 2...alhamdulillah tp masih xok lg...bdn dia masih lemah...semoga mak aku cepat sembuh n ceria cam dulu2...aaammiiinnnn.............

11 July 2010

ERMMMM...UMMMM...

Adoiii la sakit kplanya ari ni,,,,
tetiba pening lak...mybe kuat duk ngadap laptop ni...
bestnyer kalau boleh tdo time2 cam gini...perut knyg+ngantuk=tdo yg lena...
tp duk opis nk tdo cmne...len la klu duk umah...
........................................................................

Aduuuiiii RINDU la plak ko Hubby ni...
2 la sape suh cari yg jauh2...
xpela berjauh2 dahulu berdekat2 kemudian...hehehe (btul ke peribahasa aku ni)
...........................................................................

Adeeeeiiii...poning den pikirkan koje ni...
bilo la nk dpt koje ttp+ngan gaji lumayan ni,,,
bkn apo eden nk wat kawen...hahahaha....
sasau doh aku ari ni...
.........................................................................

Tp xpolah sabar bnyak2...INSYAALLAH sumenya akan berjalan ngan lancar nanti...
mintak2 dipermudahkan segalanya...AAAAAAAMMMMMMMMIIIIIIINNNNNNN...
(korang sume tolong doakan n aminkan ye)
.........................................................................

DUKACITA DIMAKLUMKAM...


DUKACITA DIMAKLUMKAN...
....................................................................

waaaaaaaaaaaa sedihnyer xdapat interview koje kt spnt 2...
huhuhu....tp xpelah cuba lg...pas ni mgkin bnyak lg peluang kerja kan...sape tahu...
...................................................................

Marin Dapat surat dari MPM...RESULT MUET...semua keputusan NULL...n kt keputusan 4kertas 2 semua ABSENT...2 la padahnyer g daftar je tp xg exam...haha...melayang duit aku RM60...
kepada sume rakan2 yg dh lepas muet..TAHNIAH...yg xlpas mcm aku ni tggu jelah kptsan samaada kita dapat menghadirkan diri sebagai penerima IJAZAH mase mjlis KONVO nti...@kah hadir sebagai penonton shja????eeee...takutnyer statement ni...

Shopping Kat "Oversea"


Rancangan hujung minggu ni ialah ke Munduk, Rantau Panjang, Kelantan+Thailand...jumaat lpas kami pom pegilah ke munduk...satu pengalaman yang sungguh menarik + lucu2 ckit...aku, sam (merangkap Hubby aku), poknik, dilah n ifan...g sebuah kete je ngan kete hubby aku...nk g sane sebenarnya xknl pom jln so aku pom ajak la abang aku yg dah mmg sedia pegi kt tmpat 2...kami bertolak dari rumah kul 11.40a.m n sampai kt kubang kerian lbh kurang kul 12.30...pas mkn2 ape yg patut kami ke masjid kubang kerian utk hubby n poknik solat jumaat...aku n yg len duk lam kete je...pas setel sume kami pom bergerak menuju ke munduk (tempat yg nk dituju laa....)....tggu plak abg lie ade la dlm kul 3 baru sampai tmpat yg dituju...


..................................................................................................

Sebelum ini aku ade dgr cite dari kakak iparku yg mengatakan nk g sane kena naik perahu...jarak untuk ke seberang lbh kuarng lam 100meter je klu tgk ngan pndgn mata ler....(sebelum g mmg xdpt nk bygkn la...ade jgk perasaan tkut mklumlah xpenah naik perahu...ntah perahu yg mcm mane pom aku xtahu la...)....sesampainyer kt Jeti...(jete ke????) aku tgk mmg dkat je dari sini nk ke sana...perahu pom bnyak yg ulang alik amik passengers...perahu yg kubayangkan mmg xsama lansung dengan yg ada dpan mataku skrg ni...aduhhh...cmne ni takutnyer nk nek...
............................................................................................

Kalau xnek cmne nk sampai kt sane kan...so aku pom nek la...bersesak jgk lam perahu 2...sempat lg berdoa moga xde pape..dh la arus sungai 2 laju...nek je perahu 2 aku duk diam je..xbrani nk bergerak dh..poning kopalo pom ado den ni...xsmpai 5minit dh sampai ke seberang..negara Thai..huhuhu...bayar tmbg singgit sorg..hubby aku yg byr...nk masuk kaw shopping 2 kna cek ic lak oleh askar2 sane...pas 2 apelg berjalan sakan la kami...
.........................................................................................

sempat gal aku rembat 2helai blaus dgn hrga 15.00..pecaya x???klu kt jertehh maunyer rm20lbh sehelai...n hubby aku lak rembat 2helai jeans levis..tp yg siam pnya la...20 je selai..punyalah murah...mmg bnyak brg2 murah kt sane...xnyesal pom g...tp tang nek perahu 2 la yg tkut ckit...lbh krg kul 5pm blik jerteh...coz tkut sampai mlm mklumlah hubby aku nk drive balik dungun lak...cian gak drive sorg2 mlm2 lak 2...
...........................................................................................
mase balik singgah mkn jap kat e-rup sup..mmg best wooo sup dia....
...........................................................................................

kul 8lbh sampai umah n kul 9 hubby aku gerak balik dungun lak...
..............................................................................................

mmg sonok ar first time sampai oversea secara haram.....hahahah....

08 July 2010

edit encik blog...

salam..........
nk edit blog ari ni tp xsempat lak...keje banyak kt opis ni...
so xsempat nk siap la...hehehe...
tggu next week la aku update semula...
sbb ni dah nak balik da...
tata..titi..tutu..toto..tete...hihihihi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...